Belum kahwin, apatah lagi pregnant. Tapi dia punya teringin nak makan, sampai sanggup nak pergi makan sorang sorang. Tapi nasib ada Afzan yang sudi menemani melepaskan keteringinan tuan tanah. tudiaaa.
So adala satu hari tu lepas kerja terus ke Sunway Pyramid untuk ke The Street Cafe yang terletak di Asian Avenue, Tingkat 1. Menu dia lebih kurang macam Dubu Dubu Restaurant tapi lebih berkonsepkan street gitu. Makanan makanan yang selalu ada kat stall stall kat South Korea macam yang selalu kita tengok kat tv tu. Yang paling penting halal & affordable. Takla semahal Bulgogi Brothers. Kira harga dia saing saing atau slightly cheaper than Dubu Dubu.
Ada 2 cawangan. Satu kat dalam Sunway Pyramid of course. Satu lagi SS15 Subang Jaya. Yang Subang Jaya ni tak pernah pergi lagi sebab nak cari parking kat area situ macam cari rambut dalam tepung. haaaa nampak tak susahnya nak cari parking tu.
Since both of us lapar gila & rambang mata, macam macam kami order. Kimbab roll, tteokbokki street style, dan yang atas ni mix pancake. dalamnya ada seafood & beef. Hah tuan tanah yang tak makan beef pun memberanikan diri menelan saja.
Chicken Jajangmyeon. Selalu tengok dalam tv kan???? Kali ni tuan tanah dapat merasa. OOoOoO macam ni rasa dia. Cakap tuan tanah dalam hati. Macam mee hailam kita pun ada gak. Tapi seperti biasa rasa dia memang rasa makanan korea. Memang sikit pun tak rasa macam masakan kita. Too bad sini takdak Cold Noodles. Pernah rasa kat Myeongdong dulu. Pedasnya macam sampai tahap langit ke tujuh.
Ok dah kenyang makan early dinner berdua, tak lengkap kalau tak makan dessert pulak kan. Tadaaa!! Jangan tak tahu Caffe Bene sekarang dah ada kat Malaysia. ok tuan tanah aje yang jakun kot. Orang lain mungkin tak heran pun. Located kat Ground Floor bersebelahan dengan butik H&M. Outlet lain korang boleh cekidaut kat Solaris Mont Kiara, Jaya Shopping Centre & Gurney Paragon Mall.
Nahhhh sila makan hati tengok gambar ni. Caramel Cinnamon Bread. Rapuh, ringan & tak manis. Memang perfect dessert untuk kami berdua. Harga RM16. Worth every single cents. Percayalahhhhh
Dan satu lagi menu kami pilih Coffee Bingsu. Shaven ice yang berperisa kopi & ice cream kopi on top. Sapa penggemar kopi, boleh la cuba kalau nak rasa kelainan. Ada juga strawberry bingsu, green tea bingsu. Datang dengan 2 size. Single & Double. Yang tuan tanah order ni size single. Cukup untuk kami berdua.
Tips kat sini. Always queue for table first, then only proceed to order. Sebab nanti bila order tapi takdak meja apa kes? nak makan atas lantai ke? Hehehe.
There you go. Happy me. Mission accomplished. Korea day out with bff. Too bad lupa snap gambar Afzan. Sorry Afzan ;-)
Sesiapa yang teringin nak pergi dedua tempat ni tapi takde geng, jangan lupa ajak tuan tanah. Bersiap sedia je. Ok sampai ketemu lagi. Byeeee~
omo omo..ade jjajangmyeon tu.. harus aku terjah.. dah lame teringin nak makan
ReplyDeleteAzra, itu la. susah kan nak jumpa yg halal. Ok kalau nak terjah jgn lupa hello2
DeleteSedapnya Nazzzzzz! *Terus makan keyboard!
ReplyDeleteKak fayren, desserts tu semua mmg sedap!! naz yg tgk gambar pun rasa nak makan hp ni
DeleteOmo omo omo ni mmg tekak koya nih ahaha sanggup redah dari klang ke sunway piramid ehhh jauh ke dekat naz dari umah tu. Ahakss Jm ni ckp kat org diri sendiri pun minat korean food ni tp x de org nk teman. Klau kita stay berdekatan mmg dh lama hajak naz nih
ReplyDeleteomo omo!! harus la kena puaskan tekak ni. hehehhee. kalau free2 nnt jom la dtg sunway pyramid. boleh kita makan bersama sama. tak jauh sgt lah dari putrajaya kan. hehehe
DeleteKenapa kejam!!!! Dah lah kat KK xde Korean food yang halal!! Benci Naz, benci. Nanti aku turun KL, ko kena heret aku ke sini.
ReplyDeletealaaaa yekeeee. Dah sampai masanya kita harus suggest ada korean food yang halal kat KK. tapi bukan ada org nak blk kampung dah ke nnt? lagi hebat dari makan kat malaysia okehhh
DeleteKorean street food tuwh halah x? Ad certificate dyer x? Terase tringin lah plak nk mkn..heheh~~....
ReplyDeleteAda certificate halal. tu yang pergi tu :) try lah
Delete